Subscribe
Add to Technorati Favourites
Add to del.icio.us



Acara Sukaneka untuk Murid Tahun 1 telah diadakan pada 31 Oktober 2009 di Padang SKKG. Beberapa acara telah dijalankan dengan jayanya.



Program RIMUP ( Pertandingan Lagu Patriotik & Pakaian Tradisional ) yang dijalankan di Dewan SKKG yang melibatkan SK Lembah Keramat dan SJK (T) Taman Melawati.



Gotong Royong Anjuran PIBG SKKG diadakan untuk mencerikankan lagi persekitaran sekolah. Antaranya memasang siling pada pondok bacaan, membina takungan pokok bunga, mengecat almari di bilik guru, membaikpulih laluan pejalan kaki dan membaikpulih bilik wuduk di surau.



Majlis Pelancaran Bulan Pusat Sumber telah diadakan dengan Kerjasama Majalah KUNTUM. Antara aktiviti yang diadakan ialah, Penganugerahan Tokoh NILAM, Pertandingan Mewarna, Kuiz dan lain-lain.



Aktiviti Tahunan Kem Bestari Solat Untuk Pelajar Tahun 1 hingga Tahun 5 dijalankan dengan sempurna.



Kejohanan Road Run yang dijalankan pada 04 Februari 2009 dan Kejohanan Sukan SKKG kali ke-32 pula di adakan pada 28 Jun 2009 di Padang SK Taman Permata.



Gambar semasa hari pendaftaran Murid-murid Tahun Satu dan Ujian Diagnostik ( KIA2M ) Untuk Saringan Kelas.